RESELLER DERMAKLAIR

PEMBELIAN MELALUI BIZAPP

LANGKAH – LANGKAH PENDAFTARAN:

  1. Pendaftaran dibuat di sini —> (KLIK DI SINI)
  2. Isi semua butiran dengan terang, jelas dan lengkap.
  3. Klik HANTAR untuk meneruskan proses pendaftaran.
  4. Bayaran RM50.00 dikenakan.
  5. Sebarang masalah berkaitan pendaftaran dan pembelian secara online sila hubungi talian 01163264251 secara WhatsApp’s atau Mesej.

LANGKAH – LANGKAH MEMBUAT PEMBELIAN /PESANAN MELALUI BIZAPP

  1. Reseller perlulah membuat pesanan/pembelian melalui BIZAPP
  2. Tekan di bahagian produk dan pilih produk yang anda inginkan sehingga jumlah produk minima RM1000.00.
  3. Setelah itu, pilih cara pembayaran sama ada pembayaran online atau manual transfer. Jika manual transfer, anda perlu sertakan bukti pembayaran di ruangan disediakan.
  4. Pesanan akan dihantar selepas pembayaran telah dibuat.
  5. Semua pesanan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari bekerja (tertakluk pada perkhidmatan kurier/Pos Laju dan hari kelepasan Cuti Umum).

NOTA:

*** Reseller perlulah membuat pembelian produk  melalui bizapp dengan minima pembelian RM 1000.00

*** Kos penghantaran PERCUMA akan diberikan untuk setiap pembelian produk bernilai RM1000.00 keatas untuk pesanan kali pertama sahaja.

KELEBIHAN MENJADI RESELLER DERMAKLAIR:

  • Pembayaran RM50.00 termasuk yuran pendaftaran dan starter kit product.
  • Kos penghantaran percuma untuk jumlah pembelian RM1000.00 di seluruh semenanjung Malaysia untuk pesanan kali pertama sahaja.
  • Pakej pendaftaran yang ditawarkan hanya sekali seumur hidup. Tiada had luput dan pembaharuan pendaftaran. Namun demikian, jika reseller gagal membuat pembelian dalam tempoh 3 bulan berturut – turut, mereka akan dikategorikan sebagai Reseller tidak aktif. Bagi reseller tidak aktif, jika mereka masih berminat untuk membuat pembelian, mereka perlu membuat pembelian minima RM100.00 keatas untuk mengaktifkan kembali status sebagai reseller sah DERMAKLAIR.

MAKLUMAN PENTING:

  • Reseller perlu membuat pembayaran atas tempahan yang dibuat sebelum pesanan diproses dan penghantaran dilakukan
  • Penukaran kod produk, penukaran dan pembatalan pesanan tidak dibenarkan sama sekali. Sila semak pesanan anda sebelum pembayaran dibuat.
  • Reseller perlu aktif membuat pembelian sekurang – kurangnya 2 BULAN sekali dengan jumlah minima RM1000.00
  • Mana – mana reseller yang tidak membuat pembelian dalam tempoh 3 bulan berturut tanpa sebab, pihak DERMAKLAIR berhak untuk menggantung keahlian reseller tersebut dan dikategorikan sebagai reseller tidak aktif.
  • Sekiranya mana-mana reseller yang dikategorikan di bawah reseller tidak aktif ini masih berminat untuk menjadi reseller DERMAKLAIR,mereka perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya RM200.00 dan perlu memastikan pembelian seterusnya dibuat dalam tempoh 3 bulan berturut.
  • Reseller boleh menjual produk DERMAKLAIR di mana – mana platform laman sosial dengan syarat menggunakan harga yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
  • Pihak DERMAKLAIR mempunyai hak untuk melucutkan hak kepada mana-mana reseller yang ingkar dan tidak mematuhi mana – mana terma dan syarat sebagai reseller.
  • Maksima 2 kali sahaja dibenarkan untuk pihak DERMAKLAIR membuka sekatan akaun yang telah disekat sebelum ini. Mana – mana reseller yang ingkar juga akan dilucutkan hak sebagai reseller.
  • Sebarang perubahan pada butiran peribadi perlu memberitahu pihak Dermaklair secepat mungkin untuk dikemaskini.
  • Sebarang  pertanyaan dan masalah berkaitan pendaftaran dan pembelian secara online (laman web), sila hubungi talian 011-61196194 atau emelkan kepada dermaklair@gmail.com
  • Mohon install applikasi ‘BIZAPP’ untuk urusan pembelian produk Dermaklair dan masukkan ID PENGGUNA: DERMAKLAIR

SYARAT MENJADI RESELLER

1.1          RESELLER akan dibekalkan pengetahuan produk untuk memastikan setiap jualan mengikut syarat.

1.2          Selepas RESELLER bersetuju untuk menjadi pengedar dan telah membuat pakej pembelian produk, RESELLER akan dibekalkan pengetahuan setiap produk dari Dermaklair.

1.3          RESELLER tidak dibenarkan merendahkan harga jualan atau meninggikan harga jualan sesuka hati melainkan persetujuan dari pihak Dermaklair

1.4          RESELLER disyorkan mengetahui tekstur setiap produk untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada pelanggan.

1.5          RESELLER semestinya perlu mengetahui masalah kulit pelanggan untuk mengelakkan dari tersalah guna produk.

1.6          RESELLER dilarang sama sekali untuk membekalkan produk kepada mana-mana wakil jualan seperti pelantikan dropship sesuka hati.

1.7          Jika pihak RESELLER enggan mematuhi syarat tersebut, kami akan melucutkan jawatan anda sebagai RESELLER Dermaklair.

AKUJANJI RESELLER

Dengan ini, RESELLER berakujanji dengan pihak Dermaklair sepertimana berikut:-

2.1          Bertindak dengan bijak dalam memperkenalkan dan menjual Produk Dermaklair yang dimiliki sepenuhnya oleh Dermaklair pada setiap masa sepanjang Perjanjian RESELLER ini berkuatkuasa.

2.2          Mengambil langkah-langkah atau cara yang muhasabah untuk memastikan bahawa fakta untuk setiap produk adalah tepat dan benar yang akan diberikan kepada pelanggan.

2.3          Mengelakkan sebarang maklumat dan fakta yang salah atau pelakuan yang buruk semasa proses penjualan produk Dermaklair dilakukan kepada pelanggan.

2.4          Memastikan bahawa produk Dermaklair yang telah pun rosak hanya akan dikembalikan semula kepada pihak Dermaklair bagi proses pertukaran/ penggantian jika ianya bukanlah disebabkan oleh kecuaian Agen sendiri:-

                    i) Tempoh penukaran disebabkan kerosakan produk seperti kulat/cair adalah dalam 3 bulan bermula tarikh RESELLER dapat produk.

                    ii)Tempoh penukaran disebabkan kerosakan produk berpunca dari pihak pos laju adalah dalam 3 hari bermula tarikh RESELLER dapat produk.

2.5          Hendaklah mengembalikan semula produk yang rosak untuk pihak Dermaklair kaji selidik kerosakan disebabkan dari masalah apa dan membolehkan pihak Dermaklair untuk menggantikan/menukarkan produk yang baru.

2.6          Dilarang dan dihalang sepenuhnya daripada melantik RESELLER atau STOKIS sendiri terlebih dahulu sebelum mendapatkan kebenaran daripada pihak Dermaklair.

2.7          Menjual produk Dermaklair mengikut harga jualan yang telahpun ditetapkan oleh pihak Dermaklair sahaja dan tidak akan menjual produk dengan mengurangkan harga atau meninggikan harga sesuka hati.

2.8          Tidak mengeluarkan produk sama jenis dengan produk Dermaklair.

2.9          Pihak Dermaklair tidak akan bertanggungjawab ke atas masalah kulit yang dihadapi oleh pelanggan RESELLER kerana pihak Dermaklair telahpun dinyatakan di 1.5.

2.10        Pihak Dermaklair tidak akan bertanggungjawab kepada RESELLER untuk sebarang kerugian atau kelewatan sekiranya ia disebabkan oleh hal yang di luar kawalan dan tidak terhad kepada banjir, peperangan, mogok dan rusuhan.