Anda boleh rasai sample tersebut dari segi tesktur krim, air atau minyak samada pada serum , pembersih muka adakah ianya bersesuaian dengan citarasa anda, atau mungkin pada ketahanan pada wajah
Anda boleh rasai sample tersebut dari segi tesktur krim, air atau minyak samada pada serum , pembersih muka adakah ianya bersesuaian dengan citarasa anda, atau mungkin pada ketahanan pada wajahJangan terlalu obses dengan bauan ORGANIK atau SEMULAJADI
Jika anda belum pernah langsung mencuba bau sebenar produk original atau orignal. Sungguh saya katakan mungkin anda tak lalu dan ada sesetengahnya berbau “tengik” hasil daripada bahan aktif sesetengah produk tersebut. Tetapi TIDAK SEMUA , saya ulang TIDAK SEMUA produk berbau, oleh kerana itu sedikit wangian akan diletakan pada skincare untuk mengurangkan bau bahan sahaja.
Peratus bauan pula adalah seperti yang ditetapkan mengikut piawaian R&D. Namun 95% tindak balas atau kerengsaan kulit sebenarnya datang dari wangian. Jadi penting untuk anda hidu bauan skincare anda, bukan apa, jika terlalu wangi sehingga menusuk hidung maka anda harus berwaspada kerana boleh menjadi punca pada masalah kulit anda kelak
Sebelum anda beli sesuatu produk, cuba uji produk sample di bawah dagu untuk melihat sama ada mempunyai sebarang jenis tindak balas produk tersebut pada kulit anda. Saya cadangkan anda mencuba pada bahagian kulit yang bersih (di bawah dagu atau di bahagian dalam pergelangan tangan). Lakukan Pada waktu malam dan jika anda terbangun dari tidur dengan tidak ada alahan, ia selamat untuk digunakan pada seluruh muka
Harus diingatkan agar Jangan terlalu kerap bertukar produk dalam jangka masa pendek . Produk mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk membuat perubahan dalam kulit anda dan boleh jadi sehingga 3-6 bulan untuk mendapat manfaat penuh. Ingat anda tidak akan hasil seperti yang diharapkan jika tidak mengikuti langkah pemakaian dan saranan penjagaan kulit